SUTRA PAWANA

logo

 

Sirih Kini Bersama Gagang

Sirih kini bersama gagang..Selesai sudah majlis Malam Sirih Pulang Ke Gagang yang berlangsung penuh gilang-gelimang. Kerjasama pihak ex-senior amat hebat sekali dengan kehadiran hampir 50 orang ‘Sirih Tua’ dari pelbagai peringkat generasi bermula dari Kijang Mas, Naga Boro dan Sutra Pawana. Majlis bermula dengan ucapan Presiden, Azuan Abdullah (control2 malu depan abangnya Bro Azman Abdullah) , diikuti ucapan daripada Bro Sulan, yang berucap sekitar objektif penubuhan alumni dan harapan beliau. Nostalgia dan memori lama cuba diungkap kembali  dengan ucapan oleh Bro Wadi yg kini bertugas sbg Orang Besar Kementerian melalui kisah-kisah dulukala pendikir di UIA ini.Kemudian sesi bergambar bersama ex-senior2 menyerikan lagi majlis.Tibalah masa yang dinantikan oleh Bro Tukang Karut kita, Muslih dan Bro Zubair iaitu sesi makan ( Credit to Abg sulan & Abg Adi di atas laksanya yg cukup lazat). Majlis mencapai kemuncaknya dengan sesi berdikir barat, khas buat tatapan & hiburan abg2 senior.Si tukang karut dan awak2 cukup ’naik angin’ malam tu (Syabas!Good Impression to senior2!) .Suasana menjadi lebih terharu apabila ex-senior2 begitu rapat dan ramah sekali dengan adik2 , hingga ada dia antara mereka yang sudi melepaskan angin, duduk bersila dan berdikir bersama adik2.

Malam yang berlalu kini tinggal memori, tapi ia berlalu dengan rasminya penubuhan Alumni Pendikir UIA. Satu yang pasti menjadi pembakar semangat adik2 melihat senior2nya dulu semuanya sukses di alam kerjaya . Ada yang menjadi Cikgu, Pegawai Kerajaan, Engineer, Lawyer dan Pereka Web. Maka ramailah adik2 yang balik selepas majlis pada malam itu terus study ( harap2 bukan hangat2 tahi ayam). Satu justifikasi & kesimpulan yang boleh dibuat , dikir barat atau lebih tepat, seni dan budaya, terbuka untuk dipelajari oleh semua peringkat tanpa mengira batas  jantina,umur dan profesionaliti.Kami telah membuktikannya! Majulah Seni Budaya Bangsa (^-^)

Otai2 Sek Dikir Uia .. Semuanya hebat2!

Berebut Makan Laksa..Mana Taknya, Mugo Sedak..

Teka Mulut Siapa Paling Luas?..

 

Alumni- mesyuarat Pertama

Mesyuarat pertama jawatankuasa pengelola penubuhan Alumni Pendikir UIAM telah diadakan dgn jayanya pada 22/1/10. antara perkara yang telah dibincangkan pada mesyuarat ini adalah berkenaan program sirih pulang ke gagang yang dijadikan projek perintis penubuhan Alumni Pendikir UIAM. Antara yang dibincangkan adalah motif penubuhan alumni, yang mana motif utamanya adalah untuk menyatukan semula para pendikir yang pernah menyertai kelab dikir barat UIAM dari awal penubuhan kelab. Kijang Mas, Naga Bora dan sekarang Sutra Pawana adalah nama yang telah diguna pakai untuk Kelab Dikir Barat UIAM. Alumni Pendikir UIAM akan menjadi platform untuk merapatkan jalinan persahabatan di antara kesemua ahli tidak kira pada zaman Kijang Mas, Naga Bora ataupun  sekarang Sutra Pawana. Bukan nama yang di perjuangkan tetapi dikir barat dan usaha yang telah dicurahkan untuk kelab menjadi keutamaan, biarpun nama kelab telah berubah tetapi intipati perjuangan adalah dikir barat, dan perjuangan itu masih diteruskan sehingga kini oleh generasi yang baru. Dengan adanya alumni ia boleh membantu kelab dan juga ahli yang telah tamat pengajian untuk terus berhubung.

 

MAJLIS SIRIH PULANG KE GAGANG
TEMPAT : CAC ( TRAINING GROUND SUTRAPAWANA)
MASA : 8:30 -1:00 THE NEXTDAY
TARIKH : FRIDAY FEBRUARY 5TH

ORIENTATION:
Meeting of the old and new members of dikir barat club from the past until now. from naga bora till now sutrapawana, all members should come. lets forget all the grudge and begins a new era of brotherhood.
REMINDER: STANDBY UNTUK BERDIKIR

@Any question please refer to naga bora facebook or sutrapawana facebook.

 

Sutra Pawana

Lantikan ahli majlis yang baru telah dilakukan baru-baru ini. Jawatankuasa baru yang akan mentadbir kumpulan Sutra Pawana telah mula menjalankan tugas dan banyak perubahan baru yang telah dilakukan serta yang sedang dirancang untuk kebaikan kumpulan. sesi latihan untuk Pertandingan dikir barat peringkat kebangsaan giat dilalukan walaupun semester baru bermula. komitmen ahli diberikan sepenuh hati bagi memastikan kejayaan berlaku di tangga terakhir dan pencapaian peringkat tertinggi bagi sebuah kumpulan dikir barat dari peringkat universiti. Usaha menakluk peringkat tertinggi dalam pertandingan peringkat kebangsaan bagi membuktikan bahawa kumpulan dikir barat dari golongan pelajar juga mampu untuk bersaing ke peringkat kebangsaan. Jika usaha ini berjaya maka kumpulan dikir barat UIAM adalah yang pertama dari peringkat universiti berjaya sampai keperingkat ini.Sama-sama lah kita berdoa semoga segala usaha yang telah dicurahkan ini mendapat keberkatan dan dipermudahkan segala langkah yang diatur.